Tuesday, May 16, 2017

Madu halia bentong

Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu Halia Bentong

Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau "Halia Kuning, tumbuh di hutan dataran tinggi di malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.
Cuaca di kawasan penanaman antara faktor terpenting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.


Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.

Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.


No comments:

Post a Comment