Saturday, November 26, 2016
MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMA
Hingus ataupun disebut sebagai “Nasal Mucus” akan muncul semasa selesema. Ada yang tertanya-tanya, perlu ke mucus ni datang semasa selesema? Menyusahkan betul, ye tak?
Hakikatnya, mucus sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Fungsi dan jasanya terlalu besar, lagi-lagi semasa selesema menyerang. Nak tahu apa fungsinya? Teruskan baca.
Melembapkan rongga hidung
Memerangkap bendasing seperti habuk, bakteria/virus ataupun agen jangkitan yang masuk ke hidung semasa bernafas.
Sebagai lapisan perlindungan (immunity badan)
Semasa selesema atau batuk, mukus tu akan menjadi tebal/pekat dan bertukar warna menjadi kuning atau hijau, yang kita sebut sebagai hingus atau kahak. Itu tandanya kuman dan bakteria telah terperangkap di dalam mukus tersebut.
Jadi, berterima kasihlah kepada hingus dan kahak. Mereka banyak menolong badan kita melawan penyakit!
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Terbaik 👍
ReplyDelete