Friday, July 20, 2018

Kelebihan Asmak Herbs, Penawar Resdung

Kelebihan Asmak Herbs, Penawar Resdung

👉 Diperbuat dari herba terpilih yang diproses sendiri dari awal sehingga akhir dengan prosedur yang ketat, bersih dan suci.

👉 Bebas dari bahan kimia berbahaya dan kandungannya semulajadi 100%

👉 Menggunakan kapsul halagel.

👉 Melegakan resdung seawal 3-14 hari bergantung kepada tahap resdung.

👉 Makan bila perlu sahaja, apabila dah semakin baik, boleh hentikan pengambilan. Jimat bukan?

👉 Dihasilkan dari kilang bertaraf GMP dan Halal

👉 Mendapat MAL dari KKM (MAL18076030TC)


 Testimoni pengguna Asmak Herbs
                                                 
👉 Sesuai untuk semua dari umur 3 tahun dan ke atas (kecuali Ibu mengandung)

👉 Tidak perlu rawatan yang melecehkan, membuang masa dan kos tinggi.

👉 Juga berkesan untuk mereka yang ada masalah pernafasan termasuk asma kerana ia akan membantu melegakan (Resdung dan Asma saling berkaitan tanpa anda sedari)

Jom IKHTIAR dengan #AsmakHerbs sekarang..

Hubungi saya ditalian : 013 960 6954 (PN. AFIQAH)

#penawarresdung

Sunday, May 21, 2017

Minyak herba asmak fake?

Antara ciri2 usahawan yang Menepati Ajaran Islam ialah bersaing secara sihat, tidak melalukan sabotaj & memburuk2kan produk orang lain.

Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.

Ada satu page Fb ni sentiasa run FbAds, sanggup membakar duit puluhan ribu ringgit semata2 nak yakinkan pengguna yang Minyak Herba Asmak kami jual, Minyak tiruan.

Ikut logik akal la kan... Takkan company yang jual Minyak tiruan nak masuk TV? Nak masuk paper?  Jerat leher sendiri nama nya tu kan...



Untuk makluman semua yang belum tau, Minyak Herba Asmak dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Ada lab test mengatakan kandungan Minyak Herba Asmak bebas bahan kimia merbahaya.


Dikilangkan di kilang bertaraf GMP & dalam proses dapatkan KKM.

Minyak yang kengkonon nya Ori tu keluaran mana??? 😎🤔🤔🤔

Friday, May 19, 2017

Resdung? Asmak herbs kan ada :)

MENCEGAH RESDUNG

Penyakit resdung ini sememangnya amat mudah dan cepat berjangkit, ia juga bergantung kepada sistem imunisasi badan seseorang juga, jika imunisasi badan seseorang itu tidak kuat maka dengan pantaslah resdung ini berjangkit dan jika dibandingkan dengan badan seseorang yang mempunyai imunisasi yang kuat maka penyakit resdung ini dapat di halang.



Tanda-Tanda Menghidap Resdung
Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata.
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


‘’Baru 3 hari ia makan,.terus sampai serakang aku tak Nampak hidung ia murung2 berhingus merah mata malam2,dalam seminggu mau 3 4 kali keluar resdung’’


Asmak Herbs Mengandungi;

Akar mengkunyit
Akar serapat
Jintan hitam
Tongkat ali
Akar sekecut

Berminat?

Hubungi kami : 013 960 6954

Wednesday, May 17, 2017

KELAS ASAS BISNES ONLINE

Hai warga Bentong,Raub dan berdekatan.Serta sesiapa sahaja yang berminat.Kami akan mengadakan kelas secara PERCUMA kepada anda Sabtu ini ( 20.05.2017)



Jika tak dapat hadir Sabtu ini,sila tinggalkan no tel atau PM kami untuk dapatkan info kelas seterusnya.

Kelas Asas Bisnes Online

Apa yang anda akan pelajari :

+ Bagaimana bermula dengan bisnes online
+ Menetapkan matlamat,misi dan visi
+ Bagaimana memilih produk untuk dijual
+ Asas pemasaran
+ Asas menjual di facebook
+ Pengenalan kepada blog
+dan banyak lagi

Bumi Maya Academy&Training Centre,Medan Desa Pertiwi Bentong

20hb Mei 2017

9.00am - 5.00pm

Whatsapp "BMS01" ke 019-9708897 untuk mendaftar.

Tuesday, May 16, 2017

Madu halia bentong

Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu Halia Bentong

Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau "Halia Kuning, tumbuh di hutan dataran tinggi di malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.
Cuaca di kawasan penanaman antara faktor terpenting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.


Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.

Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.


Monday, May 15, 2017

Program Leadership Guerilla MHAMSB 2.0

Alhamdulillah..Terima kasih kak Nor Fazilah Abd Mohd  & en Mohd Selodi Md Ghazali beri peluang pada leader2 MHAMSB untuk kembangkan lagi empayar masing-masing dengan menganjurkan Program Leadership Guerilla MHAMSB 2.0..

Rasa bertuah sangat sebab tak semua orang berpeluang sertai program bersama sifu2 hebat macam ni. Sesi sales & marketing bersama En Syamsul Adlan Mahrim , pengurusan kewangan bersama Puan Faridah Hanif, copywriting, fb ads, adwords bersama Nazirul Zakwan dan perkongsian istimewa, 'How to become big' dari ceo sendiri..



Terlalu banyak ilmu yang diperolehi dari perkongsian insan-insan hebat ni..Program ni membuka mata fiqah tentang pentingnya menguruskan kewangan, menguruskan rangkaian pengedar, melabur untuk marketing dan menguruskan masa dengan bijak.

Bersyukur sangat-sangat berada dalam team MHAMSB ni. Memang betul-betul dibimbing hingga berjaya mencapai tahap tertinggi..Pesanan ceo mhamsb, "Jangan takut untuk bantu anak buah kita memajukan diri, bantu hingga dia capai apa yang kita capai"

InsyaAllah, segala ilmu yang diperolehi akan dipraktikkan untuk memajukan diri & team hingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Terima kasih banyak-banyak mhamsb atas program hebat secara PERCUMA ni, siap sediakan makan lagi. Mana nak cari kan?



"Pemimpin buat apa yang BETUL, bukannya apa yang MUDAH, kerana mereka ambil berat"

#LeadershipGuerillaMhamsb2.0
#AsmakByMhamsb

Wednesday, May 10, 2017

Berhati-hati Penggunaan Ubat Batuk Dan Selesema Dalam Rawatan Kanak-kanak

Berhati-hati Penggunaan Ubat Batuk Dan Selesema Dalam Rawatan Kanak-kanak

Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut.

Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti  sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala.  Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih  dalam tempoh tertentu.

Rawatan   yang   diberi   adalah    lebih   kepada   untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti dextromethorphan) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine) yang secara amnya adalah selamat untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, ubat batuk dan selesema ini boleh memudaratkan jika diberi pada kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun. Kanak-kanak ini berisiko mendapat kesan advers yang serius seperti masalah pernafasan, terlalu mengantuk dan sawan serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.

Pusat     Pemonitoran    Kesan   Advers    Ubat      Kebangsaan,      Biro       Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari masa ke semasa ada menerima laporan kesan advers melibatkan penggunaan ubat batuk dan selesema di kalangan kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun.



Sebagai langkah pengurangan risiko bagi isu keselamatan ini, pihak KKM telah  mewajibkan pihak syarikat meletakkan label yang jelas pada botol ubat tentang larangan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun serta ubat-ubat tersebut perlu disediakan dalam bentuk pek saiz pesakit (patient dispensing pack) dengan isipadu tidak melebihi kuantiti maksima 120mL.

Sekiranya bayi atau kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah mengalami masalah batuk dan selsema, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dipertimbangkan sebagai alternatif kepada ubat batuk dan selsema. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah:

i. Menggunakan garam isotonik (normal saline atau sodium chloride 0.9%) dalam bentuk titisan atau semburan hidung cecair
ii. Menggunakan alat penyedut rongga hidung (nasal suction) untuk menyedut keluar mukus daripada rongga hidung
iii. Memberikan bayi atau kanak-kanak minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan

Dalam sesetengah keadaan, penggunaan ubat batuk dan selsema amat perlu bagi tujuan rawatan untuk pesakit kanak-kanak setelah faedah dan risiko yang berkaitan dipertimbangkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian.

Pertama, pastikan ubat ubat batuk dan selsema yang diberikan tidak melebihi dos dan kekerapan yang dicadangkan dalam label dan arahan penggunaan ubat tersebut. Kedua, pastikan ubat disukat dengan menggunakan alat penyukat yang tepat seperti picagari. Sukatan dengan menggunakan tudung penyukat, camca atau sudu adalah tidak tepat dan mungkin boleh menyebabkan dos berlebihan.

Ketiga, pastikan ubat batuk dan selsema yang dipreskripsikan kepada pesakit kanak-kanak, tidak boleh dikongsikan kepada pesakit kanak-kanak yang lain walaupun mereka mengalami gejala penyakit yang sama. Perkara ini adalah kerana dos ubat-ubatan dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza mengikut kiraan berat badan mereka.

Kesimpulannya, ubat batuk dan selsema merupakan bahan aktif yang digunakan secara meluas dalam produk ubat batuk dan selsema. Secara umum, ubat ini adalah selamat untuk digunakan. Namun penggunaannya tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum menggunakan ubat antihistamin untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun.

Sila laporkan sebarang kesan sampingan ubat-ubatan disyaki kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Kebangsaan melalui laman sesawang www.bpfk.gov.my.Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau  Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan oleh
Khairul Naim Bin Zainal Abidin
Klinik Kesihatan Lembah Klau, Raub Pahang